Banjir datang lagi

Pada 12 Disember 2011 (Isnin) jam 2.00 pagi, Pusat Pemindahan Banjir Jaya Gading dibuka oleh Pengerusi JKKK Jaya Gading (En. Abu Sahary Bin Alias) bagi menempatkan 4 keluarga yang terpaksa berpindah kerana rumah mereka telah ditenggelami air bah di Kawasan Padang Jaya.

Jam 3.15 pagi, Setiausaha JKKK telah memaklumkan kepada semua JKKK dan beberapa individu bagi menggerakkan Jentera Bencana Banjir Kampung Jaya Gading.

Jam 3.30 pagi, YB. En. Khairuddin Bin Haji Mahmud (ADUN Pulau Manis) telah melawat Pusat Pemindahan ini dan kemudian disusuli oleh Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan yang menghantar bekalan untuk mangsa banjir.

Menjelang jam 5.00 pagi, Bilik Gerakan Banjir Jaya Gading telah beroperasi sepenuhnya dengan Pusat Pemindahan telah menempatkan sejumlah 55 orang mangsa banjir terdiri daripada 10 keluarga.

Kawasan yang terlibat dengan banjir adalah Padang Jaya dan Kawasan Paya di Jalan Zainuddin. Hingga jam 10 pagi, Pusat Pemindahan Banjir Jaya Gading menerima seramai 121 orang mangsa daripada 25 keluarga yang terlibat banjir.

Bagi berita berkaitan selanjutnya klik pada akhbar di bawah :








Tengku Mahkota ke Jaya Gading

Pada 23 Ogos 2011 (23 Ramadhan 1432 Hijrah) lebihkurang jam 10.35 pagi. KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah telah mencemar duli dalam lawatan ke rumah yang dilanda musibah kebakaran di DU 158, Jalan Zainuddin, Kampung Jaya Gading, Kuantan.

Kejadian kebakaran tersebut telah berlaku pada 22 Ogos 2011 lebihkurang jam 12.40 tengahari (semalam), melibatkan kemusnahan 2 buah rumah sewa En. Ariffin Bin Abdullah. Keluarga yang terlibat dalam bencana tersebut ialah En. Rudiwani Bin Nawang bersama isteri dan 3 orang anak, manakala keluarga kedua ialah En. Mohd Norul Hakim Bin Rohid, isteri dan 3 orang anak.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kuantan, Ketua Polis Daerah Kuantan, Penguasa Bomba dan Penyelamat, ADUN Kawasan Pulau Manis, Penghulu Mukim Kuala Kuantan II, Ketua Balai Polis Jaya Gading, Ketua Kampung Jaya Gading, JKKK Kampung Jaya Gading, AJK UMNO Cawangan Jaya Gading, Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Pekan dan Penduduk Kampung di persekitaran tempat kejadian.

JKKK Kampung Jaya Gading menjunjung kasih di atas keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan bagi pihak keluarga yang terlibat ingin menyampaikan dan merakamkan ucapan jutaan terimakasih kepada pihak-pihak yang perihatin, yang menghulurkan bantuan serta sumbangan dan hadir bertanya khabar di atas bencana yang berlaku. Semoga yang ditimpa musibah akan tabah dan sabar menghadapinya.










Lampu Jalan

Pada 4 Jun 2011, laluan masuk Utama ke Kampung Jaya Gading telah diterangi cahaya dari 10 unit lampu jalan. Lampu jalan tersebut telah di pasang oleh kontraktor TNB dari pintu gerbang hingga ke simpang 4.

JKKK Kampung Jaya Gading berterimakasih kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan berharap dengan pemasangan lampu jalan tersebut akan memberi manafaat kepada seluruh warga Jaya Gading terutama melibatkan keselamatan pengguna pada waktu malam.

Laluan Pada Waktu Siang





Laluan Pada Waktu Malam




Masalah Tanah

Satu Majlis Perjumpaan Khas bagi menyelesaikan permasalahan tanah di Kampung Jaya Gading telah diadakan pada 19 Mei 2011 jam 2.30 petang di Dewan Jubli Kampung Jaya Gading. Hadir dalam majlis ini ialah YB. En. Khairuddin Bin Mahmud (Adun Kawasan Pulau Manis) dan En. Abd Rahman beserta beberapa orang Pegawai Pentadbir Tanah Daerah Kuantan. Turut sama sebagai tuanrumah ialah En. Abu Sahary Bin Alias (Ketua Kampung), En. Zakaria Bin Ya'akob (Pengerusi Biro Tanah) dan Ahli JKKK Kampung Jaya Gading. Hampir 60 orang penduduk kampung hadir mengemukakan permasalahan mereka.













Gelanggang Futsal 1 Malaysia



Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah


Sambutan Maulidur Rasul peringkat Zon 2 DUN Pulau Manis telah di adakan pada 15 Februari 2011. Sambutan ini diadakan bersempena dengan Program Kenduri Kampung peringkat Zon 2 DUN Pulau Manis dengan menyembelih 2 ekor unta dan seekor lembu. Majlis ini juga turut diraikan penduduk persekitaran merangkumi Padang Jaya, Bandar Baru Jaya Gading, Kampung Seri Damai, Desa Sungai Pelung, Perkampungan Padang Garuda, Batu 8 dan Kampung Gudang Rasau.

Turut sama di dalam Perarakan Maulidur Rasul yang bermula jam 9.00 pagi ialah En. Khairuddin Bin Mahmud (ADUN Kawasan Pulau Manis) bersama pimpinan tempatan dan penduduk kampung. Perarakan bermula dari Simpang Kampung Seri Damai (Jalan Abd Rashid) ke Masjid Kampung Jaya Gading sejauah lebihkurang 2.5 km.

Perarakan ini telah disertai oleh berbagai peringkat umur samada belia, warga emas dan pelajar sekolah. Penyertaan merangkumi UMNO-UMNO Cawangan, Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Kampung Jaya Gading dan Seri Damai, Tabika Kemas Kampung Jaya Gading dan Padang Jaya serta turut menyertai ialah Kelab Kebajikan TDK Lambda, Bandar Baru Jaya Gading.

Di perkarangan Masjid Kampung Jaya Gading diadakan Ceramah Maulidur Rasul dan penutupnya ialah Jamuan Kenduri Kampung. Pada hari tersebut penduduk kampung dapat merasa daging unta yang istimewa kerana dimasak secara gotong royong sebagai mengeratkan siratulrahim dan semangat perpaduan penduduk kampung.