
Sambutan Maulidur Rasul peringkat Zon 2 DUN Pulau Manis telah di adakan pada 15 Februari 2011. Sambutan ini diadakan bersempena dengan Program Kenduri Kampung peringkat Zon 2 DUN Pulau Manis dengan menyembelih 2 ekor unta dan seekor lembu. Majlis ini juga turut diraikan penduduk persekitaran merangkumi Padang Jaya, Bandar Baru Jaya Gading, Kampung Seri Damai, Desa Sungai Pelung, Perkampungan Padang Garuda, Batu 8 dan Kampung Gudang Rasau.
Turut sama di dalam Perarakan Maulidur Rasul yang bermula jam 9.00 pagi ialah En. Khairuddin Bin Mahmud (ADUN Kawasan Pulau Manis) bersama pimpinan tempatan dan penduduk kampung. Perarakan bermula dari Simpang Kampung Seri Damai (Jalan Abd Rashid) ke Masjid Kampung Jaya Gading sejauah lebihkurang 2.5 km.
Perarakan ini telah disertai oleh berbagai peringkat umur samada belia, warga emas dan pelajar sekolah. Penyertaan merangkumi UMNO-UMNO Cawangan, Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Kampung Jaya Gading dan Seri Damai, Tabika Kemas Kampung Jaya Gading dan Padang Jaya serta turut menyertai ialah Kelab Kebajikan TDK Lambda, Bandar Baru Jaya Gading.
Di perkarangan Masjid Kampung Jaya Gading diadakan Ceramah Maulidur Rasul dan penutupnya ialah Jamuan Kenduri Kampung. Pada hari tersebut penduduk kampung dapat merasa daging unta yang istimewa kerana dimasak secara gotong royong sebagai mengeratkan siratulrahim dan semangat perpaduan penduduk kampung.