Pada 23 Ogos 2011 (23 Ramadhan 1432 Hijrah) lebihkurang jam 10.35 pagi. KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah telah mencemar duli dalam lawatan ke rumah yang dilanda musibah kebakaran di DU 158, Jalan Zainuddin, Kampung Jaya Gading, Kuantan.
Kejadian kebakaran tersebut telah berlaku pada 22 Ogos 2011 lebihkurang jam 12.40 tengahari (semalam), melibatkan kemusnahan 2 buah rumah sewa En. Ariffin Bin Abdullah. Keluarga yang terlibat dalam bencana tersebut ialah En. Rudiwani Bin Nawang bersama isteri dan 3 orang anak, manakala keluarga kedua ialah En. Mohd Norul Hakim Bin Rohid, isteri dan 3 orang anak.
Hadir sama, Pegawai Daerah Kuantan, Ketua Polis Daerah Kuantan, Penguasa Bomba dan Penyelamat, ADUN Kawasan Pulau Manis, Penghulu Mukim Kuala Kuantan II, Ketua Balai Polis Jaya Gading, Ketua Kampung Jaya Gading, JKKK Kampung Jaya Gading, AJK UMNO Cawangan Jaya Gading, Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Pekan dan Penduduk Kampung di persekitaran tempat kejadian.
JKKK Kampung Jaya Gading menjunjung kasih di atas keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan bagi pihak keluarga yang terlibat ingin menyampaikan dan merakamkan ucapan jutaan terimakasih kepada pihak-pihak yang perihatin, yang menghulurkan bantuan serta sumbangan dan hadir bertanya khabar di atas bencana yang berlaku. Semoga yang ditimpa musibah akan tabah dan sabar menghadapinya.









