Banjir datang lagi

Pada 12 Disember 2011 (Isnin) jam 2.00 pagi, Pusat Pemindahan Banjir Jaya Gading dibuka oleh Pengerusi JKKK Jaya Gading (En. Abu Sahary Bin Alias) bagi menempatkan 4 keluarga yang terpaksa berpindah kerana rumah mereka telah ditenggelami air bah di Kawasan Padang Jaya.

Jam 3.15 pagi, Setiausaha JKKK telah memaklumkan kepada semua JKKK dan beberapa individu bagi menggerakkan Jentera Bencana Banjir Kampung Jaya Gading.

Jam 3.30 pagi, YB. En. Khairuddin Bin Haji Mahmud (ADUN Pulau Manis) telah melawat Pusat Pemindahan ini dan kemudian disusuli oleh Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan yang menghantar bekalan untuk mangsa banjir.

Menjelang jam 5.00 pagi, Bilik Gerakan Banjir Jaya Gading telah beroperasi sepenuhnya dengan Pusat Pemindahan telah menempatkan sejumlah 55 orang mangsa banjir terdiri daripada 10 keluarga.

Kawasan yang terlibat dengan banjir adalah Padang Jaya dan Kawasan Paya di Jalan Zainuddin. Hingga jam 10 pagi, Pusat Pemindahan Banjir Jaya Gading menerima seramai 121 orang mangsa daripada 25 keluarga yang terlibat banjir.

Bagi berita berkaitan selanjutnya klik pada akhbar di bawah :